Monday, December 14, 2015

Bad things, Good things.

Assalamualaikum wbt, and Hi,



Nowadays banyak sangat kisah-kisah negatif dalam media sosial. Be it about politics, murders, lies, friendship etc. Kadang-kadang rasa susah hati baca posts tu sebab rasa dekat sangat-sangat dengan diri. Ye la, if things happen to others, it could happen to us too kan. Haritu kecoh pasal ignorance bintang The Apprentice, tentang kawan makan kawan, yang menyayat hati, kisah penduduk Syria yang tersepit dengan agenda politik orang tertentu dan of course kisah politik negara ini sendiri.

Saban hari baca kisah tak best ni kadang-kadang rasa nak sumpah-sumpah je semua yang jahat-jahat tu. Bukan setakat F word lah, nak bagi semua huruf dalam alphabet tu. huhu

Baca pasal politik negara ni, rasa nak berhijrah ke negara lain. Tapi apakan daya, lari dari masalah tidak akan mampu menyelesaikan masalah berkenaan, cewah, tapi sebab utamanya soal duitlah. haha! Siapa tak sayang negara sendiri beb, sayang la.. Negara tanah tumpah darahku kott. Sebelum ni, pasal inflasi (or something like that) tapi ditenteramkan oleh PM katanya kewangan Malaysia ok berdasarkan rating Fiscal ke apa (takde ilmu dalam bidang ekonomi, harap maklum), lepas tu dah siap bentang budget, tetiba tambang pengangkutan awam pula naik, dah tu hari ni yang latest nak gubal balik polisi biasiswa JPA. Pasal JPA tu terasa okei, sebab alasan nak gubal balik tu sebab penerima biasiswa taknak kerja gov. Ada yang sesuka hati gagalkan interview, sebab taknak kerja gov.Hmm.. tapi haritu gov sendiri yang dah bekukan pengambilan penjawat awam yang baru. Sedih tahu, sebab saya lah salah seorang pemegang biasiswa tersebut. Tertunggu-tunggu juga kot tawaran dari kerajaan walaupun tahu susah. Diri sendiri pun terasa juga nak berkhidmat, balas balik budi baik taja pelajaran. Tak lupa diri pun.. tapi tu lah..makin fikir makin sakit pulak hati kitew..

Tak cukup dengan berita dalam negara, ditambah pula dengan berita yang kurang enak didengar dari luar negara. Pasal Trump tu haa! Apa benda la mamat tu! Vuduh tak bertempat. Dah la nak jadi presideng nasi goreng USA, tapi manifesto entah apa-apa. Dilaung-laungkannya kata-kata berunsur racism, nak buat polisi itu inilah kononnya nak tahu semua tindak tanduk orang islam di Amareka. Yang peliknya, ada yang nak sokong dia tu. Ramai! Ramai yang berfikiran sempit macam dia rupanya. Tapi mujur dia dah tak boleh bertanding dah. hehe. Selain tu, keadaan di Syria yang tidak menentu. Perang saudara yang tidak kehabisan. Sedih, sebak tengok berita Syria saban hari. Jenazah pelarian kanak-kanak, Aylan yang terdampar di laut. Kisah ayah yang mendukung anak kecil jatuh tersandung dek perbuatan seorang wartawan. Sangat mengilukan hati. Pelarian yang disekat masuk ke negara lain untuk berteduh. Sungguh berat ujian mereka. Sungguh berbeza ujian mereka dan ujian kita. Bertambah pilu dengar perkhabaran Rusia dan UK ingin mengebom Syria atas alasan menghentikan pengganas ISIS. Tetapi mangsanya adalah rakyat Syria sendiri. November lepas, satu dunia digemparkan dengan kes pengeboman di beberapa buah lokasi di Paris, salah satu bandaraya terkenal di dunia. Satu dunia kecoh bimbang akan keluarga, rakan-rakan dan kenalan yang berada di tempat kejadian. Lalu tersebarlah teori-teori konspirasi dan segelintir darinya mencemari imej agama islam. 

Geram rasanya melihat agama islam dicaci dimaki di media sosial. Tetapi saya tidak menyalahkan mereka 200%. Bukan salah mereka apabila media banyak menyiarkan berita buruk berbanding berita menyenangkan. Mereka (terutamanya di US) dimomokkan dengan penipuan demi penipuan oleh rangkaian Fox News. Tidakkah mereka fikir, orang islam itu bukanlah malaikat, bukanlah bidadari atau bidasari. Orang islam hanyalah manusia seperti mereka yang juga punya nafsu. Tidakkah mereke berhenti sejenak dan berfikir, dalam kalangan penganut kristian juga ada yang berniat jahat seperti KKK. Hmm...

Tapi seminggu dua ni, makin bertambah pula berita-berita positif yang membuatkan hati ini terasa 'faith in humanity restored'. Saya paling terkesan dengan page fb HONY (Humans of New York). Sudah lama saya mengikuti page ini yang memaparkan kisah-kisah penduduk New York. Tetapi untuk tempoh seminggu pemilik page tersebut membuat liputan khas pelarian Syria yang diberi kebenaran untuk tinggal di US. Kisah-kisah mereka mampu mengalirkan air mata namun bibir kembali tersenyum tatkala membaca komen-komen pengguna fb di page tersebut. Pelbagai bangsa dari pelbagai negara bersatu memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada pelarian tersebut. Ramai yang ingin membantu dengan menawarkan khidmat pertolongan walaupun sekecil menyambut mereka di bandar.
Selain itu, tidak kurang juga negara Kanada yang mensasarkan target menerima 10K pelarian sehingga 31 Jan 2016. Yang paling mengharukan, mereka menyambut kedatangan pelarian Syria dengan alunan Thola'al Badru. Umat islam pasti tahu, lagu yang sama dinyanyikan semasa baginda Rasulullah saw berhijrah ke Madinah. Di skala yang lebih kecil, terdapat banyak post fb yang memaparkan kisah-kisah samaritan yang membantu golongan dalam kesusahan tanpa mengira warna kulit dan perbezaan bahasa serta agama. Yang penting adalah "warna" hati.

Saya pasti masih banyak lagi kebaikan di dunia ini, tetapi terlindung oleh kejahatan yang lebih banyak diuar-uarkan. 

YESTERDAY I WAS CLEVER, SO I WANTED TO CHANGE THE WORLD.
TODAY I AM WISER, SO I AM CHANGING MYSELF. 


No comments:

Post a Comment